utubets.com

YouTube transcript

How Much Sleep Do You Actually Need?

Languages available: ar zh-TW nl en en-GB fr-CA ja ko ms pt-PT ro es sv tr vi

transcript:
Rasa penat? Kita semua memahami perasaan itu: cepat marah, goyah, dan sangat malas. Besar kemungkinan bahawa anda tidak tidur dengan cukup malam kelmarin... ataupun malam-malam hari yang lepas. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'tidur yang cukup'? Dan lebih penting lagi, dapatkah anda 'mengejar balik' pada kepuasan tidur? Walaupun fungsi tidur masih dalam perdebatan oleh ahli-ahli sains, kita semua tahu bahawa tidur adalah diperlukan supaya kita berfungsi secara berkesan dan produktif, lagipun kita menghabiskan 24 tahun seumur hidup untuk tidur, jadi tidur lebih baik adalah penting. Penyelidik telah mengkaji tidur selama berapa lama adalah diperlukan setiap malam, dengan memberi 4, 6, dan 8 jam tidur kepada beberapa kumpulan orang untuk jangka masa yang panjang. Selepas 14 hari, mereka yang tidur 8 jam menunjukkan sikit ketidaktumpuan perhatian atau isu kognitif; namun, mereka yang tidur 6 atau 4 jam menunjukkan kemerosotan yang stabil. Sebenarnya, selepas hanya 2 minggu, kumpulan 6 jam tersebut menunjukkan reaksi yang sama dengan seseorang yang mempunyai kepekatan alkohol dalam darah sebanyak 0.10%, yang dianggap sebagai mabuk di sisi undang-undang. Kumpulan 4 jam pula menderita dengan lebih banyak, kadang-kadang tertidur semasa menjalani ujian kognitif mereka. Dalam kedua-dua kumpulan, fungsi otak merosot sehari demi sehari, dan hampir linear tanpa tanda-tanda yang menunjukkan pendataran. Ahli-ahli sains telah menggelarkan kesan terkumpul ini sebagai hutang tidur. Oleh itu dapatkan kita pulih daripadanya? Selepas tidur dengan sedikit untuk satu atau dua malan, kajian menunjukkan bahawa badan and otak dapat pulih dengan sepenuhnya dengan tidur yang baik untuk beberapa malam. Namun demikian, dengan kekurangan tidur untuk jangka masa panjang selama mingguan atau bulanan, pemulihan fungsi kognitif adalah lebih perlahan, dan lebih banyak tidur malam yang berkualiti adalah diperlukan. Pada skala masa selama bulanan atau tahunan, adalah tidak diketahui sama ada fungsi otak dapat diperbaik sepenuhnya, atau mungkin kerosakan yang kekal telah terjadi. Yang menjadi paradoks adalah dengan kekurangan tidur secara kronik, rasa mengantuk atau rasa kepenatan anda akan akhirnya mendatar, maksudnya anda kurang menyedari kemerosotan objektif anda dari masa ke masa. Oleh itu beberapa lama patut anda tidur? Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa 7-8 jam adalah secara purata paling sesuai untuk orang. Selain daripada isu kognitif, individu yang tidur kurang daripada 7 jam satu malam secara konsisten mempunyai peningkatan risiko sakit jantung, obesiti dan diabetes - apatah lagi 12% peningkatan risiko kematian. Namun sebaliknya, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun tidur lebih daripada 8 jam tidak menjejaskan fungsi otak, ini juga membawa peningkatan risiko sakit jantung, obesiti dan diabetes dan 30% peningkatan risiko kematian! Oleh hal yang demikian terlalu banyak tidur mungkin juga adalah tidak baik. Namun, variasi secara pastinya wujud, dan genetik kita memainkan peranan yang besar! Sebenarnya, individu yang benar-benar tidak terjejas daripada hanya 6 jam tidur telah didapati mempunyai mutasi pada satu gen tertentu. Apabila ahli-ahli sains mengubah tikus secara genetik untuk menampakkan gen ini, tikus-tikus ini dapat berjaga untuk 1.2 jam yang lebih berbanding dengan tikus normal. Adalah ternyata bahawa mereka yang tidur pendek mempunyai sesi tidur yang lebih mendalam dari segi biologi daripada yang biasa. Akhirnya, walaupun adalah penting untuk tahu bahawa wujudnya kesesuaian 7-8 jam tidur secara purata, biarlah badan dan otak anda untuk membantu anda memikirkan keperluannya. Lagipun tiada satu saiz kasut yang muat semua orang. Kalau anda mahu memahami secara lebih mendalam tentang bagaimana untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti setiap malam untuk mengatasi masalah kekurangan tidur, kami mempunyai beberapa tips dan penyelidikan disediakan untuk anda di AsapTHOUGHT - anda dapat mencari pautan di dalam penghuraian video di bawah! Terima kasih kepada Audible.com kerana memberi anda sebuah buku audio pilihan anda secara percuma di audible.com/asap. Audible ialah pembekal buku audio terkemuka dengan mempunyai lebih daripada 150,000 tajuk yang dapat dimuat turun untuk semua jenis sastera. Kami mengesyorkan siri 'Sebuat Lagu Ais dan Kebakaran' yang merupakan dasar buku bagi rancangan TV 'Permainan Pelamin'. Buku ini menyebabkan kami berjaga sepanjang malan dan menyebabkan banyak hutang tidur! Anda dapat memuat turun buku audio ini atau sebuah buku pilihan anda yang lain, secara percuma, di audible.com/asap. Dan dengan satu langganan anda mendapat satu buku percuma setiap bulan, jadi anda dapat membaca semua sirinya! Terima kasih khasnya kepada Audible untuk menjayakan video-video ini! Dan langganilah kami untuk lebih banyak video sains mingguan! Sari kata oleh: Zi Hong Mok